7 Mei 2026 – Telah berlangsungnya Majlis Pertukaran Memorandum Perjanjian (MoA) di antara Universiti Malaya dan MARS bertempat di Bilik Mesyuarat Fakulti, Fakulti Pergigian, Universiti Malaya. Majlis ini telah disempurnakan oleh Dekan Fakulti Pergigian Universiti Malaya, Professor Dr. Firdaus Hariri, bersama Presiden MARS, Dr. Aswir Bin Abd Rashed.

Kerjasama strategik ini diharapkan dapat memperkukuh hubungan antara institusi akademik dan industri dalam memperkasakan bidang pendidikan, latihan, penyelidikan, inovasi serta pembangunan bakat masa depan. Semoga jalinan kerjasama ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak inisiatif berimpak tinggi demi manfaat masyarakat dan negara.

ara.