Alhamdulillah, satu lagi pencapaian membanggakan buat Malaysia di pentas inovasi antarabangsa!

Tahniah kepada seluruh delegasi dan peserta Malaysia yang telah mengharumkan nama negara di Indonesia Inventors Day (IID) 2026, yang berlangsung pada 3–6 Oktober 2026 di SMESCO Indonesia, Jakarta.

πŸ‡²πŸ‡Ύ KEPUTUSAN MALAYSIA DI IID 2026

πŸ₯‡ 14 Pingat Emas
πŸ₯ˆ 4 Pingat Perak
πŸ† 10 Special Awards

Kesemua inovasi daripada syarikat, politeknik, agensi dan kementerian di Malaysia yang bertanding berjaya meraih pelbagai pengiktirafan, sekali gus membuktikan keupayaan, kreativiti dan daya saing inovasi Malaysia di peringkat antarabangsa.

Syabas dan tahniah kepada semua inovator, penyelidik, pembimbing, urus setia serta semua pihak yang telah menyumbang kepada kejayaan Malaysia di IID 2026

Innovation Beyond Borders