MARS berbesar hati dapat memenuhi jemputan dari Pusat Nanoteknologi Kebangsaan (NNC) di Putrajaya pada 13 Julai 2026. Wakil MARS diketuai oleh Presiden, Ts. Dr. Ishak Mansor, bersama Setiausaha Kehormat dan Bendahari Kehormat.

Semoga pertemuan ini menjadi titik permulaan kepada jalinan kerjasama yang lebih erat serta pelaksanaan pelbagai inisiatif berimpak tinggi dalam memperkasa ekosistem penyelidikan, inovasi dan teknologi negara.