19 Mei 2026, Kuala Lumpur – MARS terus mengorak langkah dalam memperkukuhkan jaringan kerjasama antarabangsa apabila telah berlangsungnya Majlis Tandatangan Perjanjian bersama KIPA pada 19 Mei 2026 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) bersempena penganjuran International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX) 2026.
Kerjasama strategik ini merupakan kesinambungan hubungan erat antara MARS dan KIPA dalam usaha memperluaskan peluang kepada para penyelidik, inovator, usahawan serta institusi untuk mengetengahkan hasil inovasi mereka di peringkat antarabangsa. Melalui kerjasama ini, lebih banyak peluang akan dibuka ke arah penyertaan ke Seoul International Invention Fair 2026, salah satu pameran inovasi dan ciptaan terbesar di dunia yang menghimpunkan peserta dari pelbagai negara.
Dalam lawatan yang sama, delegasi MARS turut menerima jemputan khas untuk mengunjungi Korea Coast Guard Research Center. Sesi tersebut membuka ruang perbincangan yang bermakna bagi berkongsi pandangan, pengalaman serta meneroka potensi kerjasama dalam bidang teknologi, penyelidikan dan inovasi di peringkat global.
MARS komited untuk terus menjadi platform yang menghubungkan inovator tempatan dengan peluang antarabangsa, sekali gus memperkasakan ekosistem inovasi negara dan meningkatkan daya saing hasil ciptaan Malaysia di persada dunia.


📢 Pendaftaran untuk menyertai SIIF 2026 bersama MARS kini telah dibuka! Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk mempamerkan inovasi anda, membina rangkaian antarabangsa serta membawa hasil ciptaan anda ke peringkat yang lebih tinggi.
Rebut peluang ini dan jadilah sebahagian daripada delegasi MARS ke SIIF 2026! 🌍✨
